Sekolah Bahasa Jepun Toyo

TLS terletak di Nishi-kasai dan merupakan kawasan perumahan pilihan orang tempatan Jepun. Di TLS, dengan bimbingan secara peseorangan yang teliti, para pelajar akan mendapat gambaran yang jelas tentang masa depan masing-masing.

5 Pilihan Kursus ditawarkan kepada pelajar berasaskan tujuan para pelajar

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh TLS termasuk perlanjutan pendidikan ke Sekolah Vokasional, Prasiswazah, Pasca Siswazah, Universiti Seni Halus, dan pencarian pekerjaan di Jepun. 5 pilihan kursus ini akan membantu para pelajar mencapai cita-cita masing-masing.

Pasca Siswazah

Di Jepun, pendidikan pasca siswazah memiliki sistem yang berbeza daripada negara lain. Oleh itu, para pelajar dikehendaki memahami sistem tersebut sebelum meneruskan pelajaran ke kelas persiapan yang akan diadakan dua kali seminggu. Bimbingan secara perseorangan juga akan diadakan. Kelas ini akan membantu para pelajar fokus dalam pengetahuan akademik yang diperlukan dalam mata pelajaran pilihan para pelajar sehingga ke tahap pengajian tinggi. Para guru yang mengajar kelas-kelas ini, mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai bidang pakar masing-masing. Contohnya, sains, sastera liberal, ekonomi dan lain-lain.
Go to English page to get our full information

Pra-Siswazah (Universiti)

Dengan pengalaman selama ini, para guru TLS mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil supaya para pelajar akan berjaya melanjutkan pelajaran ke pra-siswazah (Universiti). Tambahan lagi, kursus yang ditawarkan bukan sahaja akan membantu para pelajar lulus dalam peperiksaaan kemasukan pengajian tinggi tetapi juga akan memberi pengetahuan luas tentang fikiran logik supaya para pelajar tidak akan mengalami kesusahan ketika berbahasa dalam bahasa Jepun selepas masuk ke Universiti. Bimbingan secara perseorangan juga akan membantu para pelajar menentukan pilihan universiti yang diingini. Serta-merta, kelas seperti Bahasa Jepun, Pengetahuan Umum, Matematik juga akan diadakan sebagai persiapan untuk EJU (Examination for Japanese University).
Go to English page to get our full information

Melanjutkan Pelajaran ke Sekolah Vokasional

Terdapat sebanyak 3,000 sekolah vokasional di Jepun yang menawarkan program bervariasi, mulai daripada animasi, seni kulinari, pelancongan dan lain-lain. TLS akan memberi bantuan dan sokongan penuh dalam proses melanjutkan pelajaran ke sekolah vokasional, terutamanya peperikasaan. Lebih-lebih lagi, TLS adalah salah satu ahli Jikei Group of Colleges yang merupakan kumpulan sekolah vokasional yang terbesar di Jepun. Justeru, TLS boleh menawarkan program pengalaman kerja dan juga mengadakan lawatan ke sekolah vokasional.
Go to English page to get our full information

Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Seni-Halus

Untuk melanjutkan pelajaran ke universiti seni-halus yang terkenal seperti Tama University of Art atau Musashino University of Art, kemahiran melukis dan reka bentuk dan kefasihan dalam bahasa Jepun diperlukan. Universiti Seni-Halus ini memerlukan para pelajar yang boleh berkomunikasi melalui ‘kreativiti’ yang merupakan asas kesenian. Oleh itu, TLS juga memiliki ruangan khas seni yang memberi para pelajar masa dan ruangan yang mencukupi supaya dapat belajar Bahasa Jepun dengan efektif. Para guru di TLS memiliki pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang bidang kepakaran masing-masing.
Go to English page to get our full information

Mencari pekerjaan di Jepun

Kursus ini sesuai untuk para pelajar yang ingin mencari pekerjaan in Jepun selepas graduan dari TLS. Para pelajar yang lulus dalam JLPT tahap N2 atau memiliki keupayaan berfasih pada tahap yang sama boleh menyertai kelas ini. Dalam tempoh satu tahun, para pelajar akan fokus untuk lulus Ujian JLPT N1, ‘Ujian Bahasa Jepun untuk Bekerja di Jepun’ dan ‘Ujian Sijil Pekerjaan Pejabat’. Dengan fokus dalam bahagian internship, TLS juga akan memberi sokongan dan bimbingan yang akan membantu para pelajar.
Go to English page to get our full information

Aktiviti

Sepanjang tahun, pelbagai acara akan diadakan di TLS. Contohnya perayaan musim panas dan rombongan graduasi. Sebagai salah satu ahli Kumpulan Jikei, TLS mengambil peluang untuk merancangkan aktiviti yang pelbagai untuk menggalakkan hubungan yang baik dengan sekolah vokasional lain.
Aktiviti-aktiviti ini juga akan membolehkan para pelajar meningkatkan tahap bahasa Jepun masing-masing.
Go to English page to get our full information

Tempat Tinggal

Asrama Sekolah

Untuk memastikan para pelajar belajar dalam suasana yang selesa, TLS menyediakan beberapa asrama yang mempunyai lebih kurang 452 bilik (pilihan daripada bilik peribadi atau jenis rakan sebilik). Setiap asrama boleh diakses dengan basikal (15 minit) atau berjalan kaki. Jenis asrama termasuk asrama yang mempunyai penyelia atau asrama jenis-apartmen. Para pelajar boleh memilih jenis bilik yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing. Asrama yang ditawarkan adalah selamat dan mempunyai sekuriti yang baik supaya semua pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Go to English page to get our full information

Program Homestay

Ingin menambahkan peluang untuk berbahasa dalam bahasa Jepun.
Ingin berada dalam linkungan orang tempatan.
Ingin berkawan dengan orang Jepun.
Ingin menambah pengalaman tentang budaya dan adat resam Jepun.
Kita selalu mendapat komen-komen ini daripada para pelajar. Dengan menyertai program homestay, hasrat pelajar dapat direalisasikan. Kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa Jepun juga menawarkan program homestay tetapi jumlah keluarga homestay dan juga penyerta semakin meningkat kebelakangan ini. Melalui program ini, penyerta dapat meningkatkan keupayaan bahasa Jepun sambil merasakan budaya orang Jepun.
TLS mensyorkan program homestay supaya pengalaman pelajar di Jepun menjadi seronok dan bernilai.
Program “Homestay in Japan” yang ditawarkan, memiliki sebanyak 5000 keluarga yang berdaftar. Setiap keluarga akan memberikan sokongan penuh supaya pelajar mendapat pengalaman yang terbaik dengan motto “setiap keluarga ‘host’ dan juga pelajar juga adalah penting kepada kita.”
Sila mengambil pertimbangan untuk menyertai program homestay ini. Keupaayan bahasa Jepun anda pasti akan bertambah baik!

Go to English page to get our full information